Putatan Kini

Mencabar minda dan aspirasi rakyat Putatan

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)

Posted by putatankini di April 30, 2008

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah telah pun ditutup pada 25hb.April 2008 yang lalu. Pada mereka yang telah memohon BKNS, mereka akan menunggu jawapan sehingga 3 bulan daripada tarikh tutup samada mereka mendapat tajaan biasiswa atau tidak. Jika berjaya, jumlah biasiswa yang diluluskan adalah tertakluk kepada budibicara Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS). Siapa yang tahu formula budibicara kelulusan ini amatlah dialu-alukan.

Soalannya, mengapakah pemohon perlu menunggu sehingga 3 bulan untuk jawapan samada mereka mendapat tajaan atau tidak? Tuan-tuan sedia maklum bahawa permohonan BKNS ini adalah dengan membeli borang BKNS dengan membayar RM1.00 setiap borang yang boleh diperolehi daripada JPANS atau Pejabat Daerah. Dalam era ICT ini, Kerajaan Negeri Sabah juga mempunyai rangkaian aplikasi ICT yang terbaik. Cuma jika dibandingkan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), JPANS agak jauh ketinggalan. Setelah keputusan SPM diumumkan, JPA dan MARA memaklumkan bahawa pelajar-pelajar lepasan SPM dijemput memohon biasiswa JPA atau MARA melalui online di http://www.jpa.gov.my.

Tahukah anda berapa lama pemohon menunggu? Tidak sampai 2 minggu. Kenapa? Tak percaya?

Tanyalah mereka yang pernah memohon tajaan JPA atau MARA online. Sekurang-kurangnya pemohon tidak ternanti-nanti atau berkecilhati mendapat tahu mereka tidak mendapat tajaan setelah menunggu 3 bulan.

Kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, bila lagi hendak menggunakan teknologi ICT untuk mengurangkan penantian yang belum pasti?

8 Respons to “Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)”

  1. tupak said

    bila lagi permohonan biasiswa kerajaan negeri sabah di buka.saya baru saja mendapat surat tawaran belajar di UTHM..saya tidak sempat untuk membeli borang itu kerana tawaran yag saya dapat pada bulan jun 2008, sedangkan tarikh akhir biasiswa itu adalah bulan april..bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan biasiswa itu?

    • Mengikut maklumat yang diperolehi, permohonan biasiswa boleh dimulakan setelah selesai peperiksaan cubaan pada tahun berkenaan sehinggalah dikeluarkan iklan BKNS pada kebiasaannya bulan April tahun berikutnya.

  2. anna said

    bagaimana untuk menyemak keputusan permohonan bagi biasiswa kerajaan negeri sabah 2008?

  3. mat sdk_boyz said

    SALAM, MANA BOLEH SEMAK KEPUTUSAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH BAH… KLU KO MAHU JUGA, KO TEL JAK DIA PUNYA PENGURUSAN. KO LAYARI LAMAN WEB JPA SABAH, PASTU KO AMBIL NO TEL UNTUK BIASISWA. LEPAS TU LAGI KO TEL LAH DIA… OK BAH KALAU KAU… SALAM

  4. LATIFAH BINTI SELAMAT said

    bila keputusan biasiswa 25.april akan di keluarkan????????

Tinggalkan Jawapan kepada putatankini Batal balasan