Bagaimana Buit Hill mendapat nama?
Posted by putatankini di Mei 24, 2008
Sekiranya anda hendak pergi melawat ke Monsopiad Cultural Village daripada Pekan Putatan, anda akan menjumpai sebuah bukit bernama Buit Hill selepas Bukit Kalam (iaitu tempat Memorial Tun Mustapha). Di atas bukit inilah terletaknya Sekolah Rendah Buit Hill (GPS 5°53’54″N dan 116°4’1″E).
Tahukah anda bagaimana Buit Hill mendapat namanya?
Perkataan “Buit” berasal daripada bahasa Dusun yang bermaksud pokok buit atau “boit”. Pokok buit adalah sejenis pokok palma yang tumbuh dengan banyaknya di Buit Hill suatu ketika dulu. Pokok buit ini banyak ditebang untuk mengambil umbutnya dibuat ulam. Kurang pasti samada pokok buit ini boleh ditanam atau tumbuh dengan sendirinya.
Putatan Kini ingin mendapat komen daripada penduduk yang mendiami sekitar Buit Hill atau Kampung Terawi mengenai asal usul bukit ini.
