Putatan Kini

Mencabar minda dan aspirasi rakyat Putatan

Hilangnya salah satu pasak bumi di Putatan

Posted by putatankini di April 3, 2008

Pasak bumi merupakan bukit-bukit yang ada di Putatan yang selama ini menyumbang kepada lanskap kawasan Putatan. Diantara pasak bumi yang asal ialah Bukit Pandan-Pandan, Bukit Kalam, Bukit Senganak, Bukit Kuda, Buit Hill, Bukit Maang, Bukit Mantukod dan Bukit Dinawan. Kedua-dua Bukit Mantukod dan Bukit Dinawan telah menjadi Pulau Mantukod dan Pulau Dinawan mengikut peredaran zaman tetapi masih lagi teguh berdiri.

Yang disesalkan ialah ketiadan Bukit Pandan-Pandan (GPS 5°54’21″N 116°2’31″E), yang juga dinamakan Bukit VOR oleh mereka yang tinggal berdekatan dengan bukit tersebut atau yang sengaja membelakangi sejarah. Untuk pengetahuan anda, Bukit VOR yang dimaksudkan hanyalah sebuah tanah tinggi di selatan Kuala Sungai Dumpil yang kini dibina atasnya cawangan rujukan tanda pemetaan (MAP reference point) untuk Jabatan Pemetaan Malaysia. Kini, Bukit Pandan-Pandan telah diratakan kerana tanah bukitnya digunakan untuk menimbus kawasan Terminal 1 Airport Kota Kinabalu dekat Petagas.

Kepada pihak yang bertanggungjawab, seharusnya Bukit Pandan-Pandan tidak perlu diratakan atau dihilangkan kewujudannya kerana sebagai pasak bumi semulajadi, bukit tersebut amat berguna untuk mengurangkan kesan tiupan angin serta kemungkinan sebagai tempat selamat apabila berlakunya air pasang atau tsunami.

Alangkah baiknya jika Bukit Pandan-Pandan dijadikan sebagai satu mercu tanda tempat mini peranginan atau tempat melihat keindahan Kota Kinabalu hingga ke Meruntum dan sedikit daripada Kinarut dari arah laut serta pandangan indah melihat darat yang menghijau dengan Gunung Kinabalu tersergam indah dan teguh.

Sekarang apa sudah jadi? Cuba anda renungkan.

Satu Respons to “Hilangnya salah satu pasak bumi di Putatan”

  1. Ag.Semaun said

    Bagus juga cerita ni. Sepatutnya, Bukit Pandan-Pandan tidak perlu diratakan untuk mengambil tanhnya untuk menimbus kawasan lapangan terbang Kota Kinabalu. kalau kamu masih ingat tsunami, sekurang-kurangnya Bukit Pandan-Pandan dapat menyelamatkan penduduk yang tidak sempat lari menyelamatkan diri. Jadi naik ini bukit saja.
    Pasal Pulau Dinawan dan Pulau Mantukod, dulu kedua-duanya memang bukit dan bersambung seperti banjaran. Tiada kuala sungai mengalir diantaranya. Setahu saya, Sungai Kinarut itulah kuala sungai yang terdekat. Ada juga yang cakap muara sungai kecil dekat kuburan Kampung Lambising itu dulunya besar. Sekarang sudah jadi kecil.

Tinggalkan komen