Putatan Kini

Mencabar minda dan aspirasi rakyat Putatan

Putatan dinaik taraf ke Majlis Daerah?

Posted by putatankini di April 3, 2008

Pekan Putatan telah digazetkan sebagai sebuah daerah kecil gred V mulai 1hb Januari 1997 oleh Kerajaan Negeri Sabah dan telah diumumkan secara rasmi pada 18hb Mac 1997 oleh YAB Datuk Yong Teck Lee, Ketua Menteri Sabah pada masa itu.

Sejak diumumkan sebagai sebuah daerah kecil di bawah seliaan Majlis Daerah Penampang, berbagai pembangunan telah dilaksanakan dan bertambah sibuklah saban hari. Selain rakyat Putatan, kesesakan jalanraya amat dirasai juga oleh mereka yang tinggal di luar kawasan Putatan. Dengan pembesaran lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu dekat Petagas, maka dijangka kawasan Putatan akan bertambah sibuk.

Soalan terbuka kepada Wakil Rakyat Putatan ialah bila agaknya kesesakan jalan raya dapat diatasi atau dapat dikurangkan?

Dalam kesibukan pembangunan daerah kecil Putatan, telah kedengaran bahawa sudah sampai masanya Daerah Kecil Putatan dinaik taraf sebagai sebuah majlis daerah penuh iaitu Majlis Daerah Putatan. Sehingga desas-desus ini diperolehi, belum diputuskan lagi bila ianya akan dilaksanakan. Sekiranya berita baik ini benar, maka Putatan sebagai sebuah Majlis Daerah penuh amatlah dialu-alukan.

Namun dalam kegembiraan menunggu berita baik ini, mungkin ada juga pihak yang kurang senang atau kurang setuju dengan cadangan menaik taraf Daerah Kecil Putatan. Mungkin juga antara alasannya ialah kerana tidak tahu di manakah sempadan Majlis Daerah Putatan yang akan dicadangkan.

Apa pun alasannya, kita harapkan agar rakyat Putatan sabar menanti.

4 Respons to “Putatan dinaik taraf ke Majlis Daerah?”

  1. yang saya kasihi.mungkin anda terlepas pandang bahawa putatan bukanlah sebuah daerah kecil lagi.iya telah dinaiktaraf menjadi semua daerah penuh pada tahun 2007.hanya belum membentuk sebuah majils daerah lagi…use u uncle google

  2. Putatan88 said

    Assalamualaikum,

    Halaman ini sungguh menarik. Sebagai warga Putatan semenjak dari bayi lagi saya telah melihat depan mata sendiri pembangunan daerah ini yang pesat sekali. Sampai x percaya diorang pun mau bina shopping centre di Putatan…hebat!

    teruskan usaha anda!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: