Putatan Kini

Mencabar minda dan aspirasi rakyat Putatan

Bagaimana Kampung Sailan mendapat nama?

Posted by putatankini di April 4, 2008

Terdapat dua versi cerita orang-orang tua dalam perkara ini. Versinya adalah seperti berikut:

Versi 1:

Kawasan berdekatan Kampung Sailan dahulunya adalah kawasan rata yang ditanam dengan pokok getah. Semasa pemerintahan British, mereka mengambil pekerja berbangsa Ceylon daripada negara Ceylon, yang sekarang dikenali sebagai Sri Langka. Pihak British menyediakan tempat tinggal yang akhirnya menjadi perkampungan orang Ceylon. Orang tempatan memanggil mereka orang Sailan. Maka kampung berkenaan dinamakan perkampungan orang Sailan atau Kampung Sailan.

Soalannya, jika cerita ini benar, kemanakah orang-orang Sailan pada masa itu atau adakah masih keturunan orang-orang Sailan jika ada diantara mereka yang berkahwin dengan orang tempatan pada masa itu sebagaimana adanya keturunan bangsa Portugis di perkampungan Portugis di Melaka?

Versi 2:

Kampung Sailan mengambil nama daripada perkataan Sail Land yang mana pada masa itu, pelayar-pelayar kapal singgah untuk membaiki kapal-kapal dan layar (sail) kapal mereka. Oleh kerana kedudukan Kampung Sailan berhampiran dengan kuala Sungai Putatan, maka ada juga benarnya cerita orang-orang tua ini. Juga pada suatu masa dulu, nelayan-nelayan menjual hasil tangkapan mereka tidak jauh daripada kuala Sungai Putatan.

Sesiapa yang tahu benar cerita ini, harapnya dapat memberi komen dalam blog ini.

2 Respons to “Bagaimana Kampung Sailan mendapat nama?”

  1. siti norhamidah said

    salam…saya dari UPSI kene buat tesis hal salasilah keluarga…dan daripada cite ayah saye…moyang sya berasal dari ceylon..tapi xbyk maklumat yang dapat..harap leh tolong saya untuk dapatkan maklumat tentang bangsa ceylon…tQ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: