Putatan Kini

Mencabar minda dan aspirasi rakyat Putatan

Perihal Putatan Kini

Putatan Kini dilahirkan untuk mencabar minda dan aspirasi rakyat Putatan untuk memberi komen yang bernas,  menegur serta mencadangkan kepada rakyat Putatan termasuk Wakil Rakyat Putatan demi mencapai aspirasi dan kemakmuran rakyat Putatan.

Selain daripada itu, cerita-cerita orang-orang tua juga akan dirakamkan dalam blog ini untuk mengelak cerita-cerita ini daripada pupus atau luput dari ingatan kita. Putatan Kini akan cuba mendapatkan cerita-cerita seperti ini daripada orang-orang tua yang ada selagi ingatan mereka masih kuat. Maklumlah, ramai generasi hari ini yang tidak mengetahui asal usul cerita rakyat Putatan.

Pembaca blog ini dijemput untuk memberi sebarang komen yang membina agar rakyat Putatan dan Wakil Rakyatnya dapat mendengar dan menyampaikan isi hati serta luahan yang masih terpendam dalam hati sehingga sekarang.

Harap maklum bahawa Putatan Kini tidak bertanggungjawab terhadap komen dan kandungan blog ini dan meminta setiap pembaca blog mengesahkan kesahihan sumber blog ini daripada sumber yang boleh dipercayai.

Terima kasih.

Putatan Kini

 
%d bloggers like this: